Ramadhan Tanpa Ayah Season 2.

Last phase of Ramadhan. 5 days to Syawal. Semoga amalan kita diterimaNya. Amin.

Bila hari-hari macam ni baru la rindu kasih sayang seorang ayah. Bukannya hari lain x rindu. cuma hari ni extra rindu. kesian emak. kereta perdana buat hal lagi. berkali-kali aku memujuk untuk menjual kereta itu, berkali-kali juga beliau menyangkal cadanganku. baginya kereta itu banyak kenangan bersama ayah. bagi aku benda yang menyimpan kenangan hanya pada nama, sebab kebanyakan yang simpan kenangan adalah hati dan ingatan. Itu lagi significant bagi aku la. tapi tak bagi emakku. baginya apa yang ayah pegang mahu di simpan. bukan aku mahu buang segala kenangan ayah, jika kenangan itu hanya memberi kepayahan pada yang hidup, baiklah kalau kenangan itu di simpan sahaja di dalam hati. bukan begitu? entahla aku pun bingung. nasib baik emak tidak keseorangan pagi ni. kami da la berdua tanpa seorang lelaki dalam hidup. pakcik pula jauh nun di perak. susah. sedih.

ayah pergi terasa terlalu cepat. tak sempat nk ucapkan selamat tinggal pun. tak sempat ayah nak tinggalkan bekalan tips untuk menghadapi kesukaran hidup tanpa ayah. mungkin ayah pernah tinggalkan pesanan ini tapi mungkin aku yang tak nampak hint2 yang ditinggalkan. mungkin aku tak mahu terima kenyataan hint2 yang ayah tinggalkan. 

tahun ke-2 beraya tanpa ayah. daru rasa susah, aku lebih rasa kepada rindu. rindu nak mkn masakan ayah, rindu nak dengar ayah kejut bangun sahur, kalau aku rindu. emak pasti lagi rindu. ayah selalu teman mak pergi terawikh, kiayamulai, aku pulak kadang-kadang teman kadang-kadang tidak. bersalah tu ada. tp kadang-kadang "kawan baik" datang melawat, kadang-kadang "kawan rapat" datang melawat. aku cuba untuk memberi sepenuh masa untuk emak. tapi tak sama macam ayah. aku tahu mak sentiasa bersyukur ada aku. tapi mesti dia juga rasa rindu. rindu pada cinta hatinya. Kadang-kadang terfikir mungkin aku patut biar emak kahwin lain. tapi, nanti disyurga bagaimana nak jumpa ayah kalau mak kahwin lain. jadi aku nekad untuk jaga emak untuk ayah. dengar macam bodoh, orang selalu tanya nanti kau kahwin siapa nak jaga emak kau? jadinya aku hanya akan berkahwin dengan lelaki yang bisa menjaga aku dan emakku seperti ayah menjaga kami. 

aku cuma mampu berdoa yang baik-baik untuk kami berdua. semoga Allah perkenankan doa kami. amin. 

banyak sangat aku melalut dalam satu perenggan, tak da flow. ha ha. rookie lagi aku ni. tunggula kalau aku boleh jadi macam a-samad said. #berangansahaja 

Comments

Popular Posts